Walaupun tablet tidak mampu menggantikan sepenuhnya fungsi dan kebolehan sebuah komputer, namun ia tetap memberi manfaat kepada pengguna.

Berbanding penggunaan komputer, tablet didatangkan khusus dengan reka bentuk yang lebih ringan dan mudah dibawa ke mana-mana tanpa memerlukan ruangan besar untuk simpanan.

Bahkan fungsinya yang membolehkan pengguna melakukan kerja seperti tugasan pejabat, melayari internet atau penggunaan lain-lain aplikasi, amat memudahkan sesuatu tugasan itu diselesaikan.

Samsung

Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd. sentiasa mengikut nadi perubahan citarasa pengguna dengan menawarkan produk yang bukan sahaja relevan malah pelengkap pelbagai permintaan gaya hidup, sekali lagi menawarkan produk terbaik apabila memperkenalkan Samsung Galaxy Tab 3 10.1.

Samsung Galaxy Tab 3 10.1 kini boleh didapati dengan sokongan teknologi 4G LTE melalui sistem pemprosesan Intel XMM 7160.

Tablet Android Samsung berkenaan yang dikuasakan pemproses Intel merupakan yang pertama seumpamanya untuk produk Samsung dan dilengkapi dengan cip Intel Atom Z2560, serta menyokong LTE dengan prestasi dan kuasa lebih tinggi serta bateri lebih cekap.

Berdasarkan pelancaran tablet tersebut Samsung amat yakin dengan penerimaan orang ramai terhadap sistem itu.

Lebih menarik, Samsung Galaxy Tab 3 10.1 menggabungkan reka bentuk lebih nipis dengan capaian pre-

Ninetology

Ninetology merupakan syarikat teknologi peranti mudah alih Asia Tenggara yang begitu agresif dan berusaha mencapai pertumbuhan memberangsangkan.

Ninetologi berbangga dapat bersaing dengan teknologi global dan piawaian antarabangsa yang terkemuka serta peka dengan ketelitian, seni dan kecantikan.

Dengan berpandukan inspirasi gaya hidup yang pantas dan penuh keberanian, produk Ninetologi mendapat ilham daripada penyelesaian yang ada pada hari ini untuk tahap kebolehgunaan dan fungsi yang tinggi.

Mei lalu, Ninetology tampil dengan produk baru tablet Ninetology outlook Pure (T8700) dan berada di pasaran pada Jun.

Tablet yang baru dilancarkan itu didatangkan bersama perkhidmatan jalur lebar 3G yang ditawarkan Clixster Mobil, selain mempunyai aplikasi yang mesra untuk seisi keluarga.

Selain Outlook Pure, Ninetology turut menawarkan Outlook Tablet dan Outlook Express.

Alcatel

Alcatel Onetouch adalah jenama di dalam TCL Communication, firma antarabangsa pelbagai budaya yang mereka bentuk, membangunkan dan memasarkan secara global rangkaian peranti mudah alih dan internet yang semakin berkembang.

Ogos 2013, Alcatel memperkenalkan One Touch Evo7 bersaiz 7 inci dengan paparan skrin 1024 x 600 serta lebih ringan seberat 395 gram.

Tablet terbaru ini turut dilengkapi dengan sambungan WiFi, 3G dan LTE.

Selain itu, pelbagai produk tablet turut ditawarkan Alcatel antaranya Alcatel One Touch Tab 7HD, One Touch Tab 7 (kuasa kompak) yang dikuasakan dengan pemprosesan dual teras.