Khamis, 10 Oktober 2013

Suara Keadilan 142 perinci Laporan Audit 2012

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Akhbar Suara Keadilan edisi 142 terbit hari ini melaporkan pendedahan Ketua Audit Negara bagi tahun 2012.

Dari muka surat 10 hingga 17, salah urus tadbir dan pembaziran 11 buah Kementerian dirumus dan dianalisis lengkap dengan fakta bergambar.

Edisi kali ini turut menyiarkan bantahan pelbagai pihak berikutan pewartaan PCA atau Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013.

Kandungan menarik Suara Keadilan 142 termasuk laporan perbahasan dan penggulungan Dewan Rakyat bagi mesyuarat kedua, penggal kedua, parlimen ke-13

.sk142

Suara Keadilan 142 turut membongkar secara eksklusif, pergerakan kapal yang membawa sisa nadir bumi dari Australia yang dibawa ke Kuantan, Pahang.

Banyak isu politik negara terangkum dalam edisi kali ini, termasuk himpunan membantah PCA, penyerahan memorandum oleh keluarga Orang Kelainan Upaya (OKU) dan persediaan Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya kecil DUN Sungai Limau.

Akhbar Suara Keadilan diterbitkan setiap minggu, 32 muka surat sarat dengan maklumat, pendedahan dan laporan aktiviti Parti KEADILAN Rakyat di seluruh negara.

Untuk tempahan sila hubungi talian 03-92211045 atau faks ke 03-92212045.

Sebarang pemakluman program dan kenyataan media, boleh menghubungi kami melalui emel skeadilan@gmail.com.

Pautan Suara Keadilan versi dalam talian boleh dicapai melalui laman twitter dan facebook.

Tiada ulasan: