Jumaat, 11 Oktober 2013

PNSB selamatkan projek terbengkalai, pembeli dapat CF


OLYMPUS DIGITAL CAMERA


KUALA SELANGOR : Pembeli projek perumahan Taman Alam Perdana, Kuala Selangor yang terbengkalai sejak 2004 dan dipulihkan kini memperoleh Sijil layak Menduduki (CF).

Projek yang diselamatkan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) itu melibatkan 1,116 unit rumah.

Justeru, PNSB memohon pembeli rumah Taman Alam Perdana untuk berhubung terus dengan PNSB bagi urusan selanjutnya di pejabat PNSB di Tingkat 25, Wisma MBSA, Shah Alam.

Pembeli juga boleh menghubungi PNSB melalui talian 03-5510 7105/ 7233/ 7234.

Pada November 2011, PNSB selaku anak syarikat Kerajaan Selangor melalui Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dipertanggungjawab untuk memulihkan projek perumahan itu.

Projek berkenaan terbengkalai sejak 2004 dan gagal dipulihkan ketika Selangor masih ditadbir Umno BN.

Kerja pemulihan disiapkan pada April 2012 dan Sijil Layak Menduduki Sementara (TCF) dikeluarkan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) pada 28 April 2012.

Ia hasil inisiatif kerajaan Selangor untuk menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat.

Tiada ulasan: