Sabtu, 5 Oktober 2013

PKR gesa Mahkamah Tuntutan Tribunal kaji semula tuntutan


Tribunal Tuntutan


PETALING JAYA :  PKR menggesa kepada Mahkamah Tribunal Tuntutan untuk mengkaji semula keputusan tuntutan pengguna yang mengalami kerugian akibat masalah bekalan air berpunca daripada Syabas.

Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamarudin berkata, beliau akan membawa isu ini ke Parlimen berkenaan bidang tugas Mahkamah Tribunal Tribunal yang memerlukan penjelasan.

“Sekiranya kes air seperti ini bukan bidang kuasa mahkamah tribunal maka ia bidang kuasa siapa?, ” soal Zuraidah dalam sidang medianya di Ibu Pejabat PKR di sini.

Jelas Zuraidah, Mahkamah Tribunal Tuntutan perlu dirombak jika ada polisi yang tidak memihak kepada pengguna.

“Sekarang ini berlaku kekerapan gangguan bekalan air di kawasan Gombak dan Ampang.

“Syabas perlu bekerja efisien mempertingkatkan kerja mereka dan tidak boleh melepaskan diri tanpa memberikan pampasan kepada pengguna,” kata Zuraidah.

Sebelum ini, Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna memutuskan tribunal itu tidak mempunyai kuasa bagi mendengar perbicaraan tuntutan kerugian akibat masalah bekalan air terhadap Syabas.

Sebaliknya pihak penuntut gantirugi dinasihat agar memfailkan tuntutan di Mahkamah Sivil.

Tiada ulasan: