Oleh WFAUZDIN NS
ADA suara-suara mahu agar Ketua Dewan Pemuda PAS dicabar di dalam Muktamar PAS akan datang. Ertinya, ada yang tidak berpuas hati dengan peranan Us Nasruddin Tantawi sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Mengapa?
Aku hanya dapat rasakan satu saja sebab mengapa Us Nasruddin perlu ditentang pada fikiran mereka. Sebabnya beliau dilihat kurang agresif atau tidak bersifat radikal yang sepatutnya ada pada seorang Ketua yang memimpin orang muda apatah lagi yang memperjuangkan dasar Islam. Beliau tidak seperti pemuda di era Mahfuz Omar atau sekurang-kurangnya menyamai pemuda di zaman Salahuddin Ayub. Us Nasruddin lebih dilihat seperti Ketua Dewan Ulamak, dan memang pun diakui beliau salah seorang yang boleh dikategorikan sebagai Ulamak.
Salahkah Ulamak muda memimpin orang muda? Jawapannya tentu baik sekali
anak muda dipimpin oleh Ulamak kerana sesiapa sahaja yang berdamping
dengan Ulamak tentu akan mendapat faedah dan manafaatnya. Kepimpinan
Ulamak memang baik, tetapi Ulamak yang hebat adalah Ulamak yang
menanamkan sifat berani kepada para pengikutnya. Apabila mendengar
sahaja ada sekumpulan manusia yang ingin bangkit menentang kemungkaran
mahuoun kezaliman, Ulamak yang memimpin pemuda haruslah menyahut
panggilan ini dan berada di saf hadapan. Mungkin inilah yang mereka
rasakan tiada pada Us Nasruddin Tantawi.
Sehubungan itu, mereka beranggapan Ketua Dewan Pemuda PAS perlu
diganti. Siapakah yang layak memikul tugas ini ? Apakah memadai Ketua
Dewan Pemuda PAS ini hanya tahu berdemo atau memberontak sahaja?
Rasanya jika begitu, PAS tidak perlu tukar Us Nasruddin Tantawi,
cumanya Us Nasruddin perlu tukar stail sahaja. Yang lain, semuanya dah
cukup pada beliau.
http://wfauzdin.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan