Khamis, 10 Oktober 2013

Peniaga ikan didakwa rompak rumah mufti Perlis

THE MALAYSIAN INSIDER


Seorang peniaga ikan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuching atas pertuduhan merompak kediaman Mufti Perlis, Datuk Dr Juanda Jaya, Ogos lalu.

Mohd Shariman Alwi, 30, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Carisa, Petra Jaya, di Kuching pada jam 4.30 pagi, 16 Ogos lalu.

Tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa merompak pelbagai barangan termasuk barangan kemas bernilai RM35,000, wang tunai RM6,500 dan beberapa gajet elektronik termasuk dua unit telefon bimbit yang semuanya bernilai RM5,000.

Mohd Shariman didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan rompak berkumpulan dan bersenjata.

Hakim Nixon Kennedy Kumbang menetapkan tarikh perbicaraan pada 25 November ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nisla Abd Latif, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

Tiada ulasan: