Khamis, 3 Oktober 2013

MP: Najib perlu jadi teladan, ubah gaya hidup

 


 

MP Pakatan Rakyat menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan contoh “mengubah gaya hidup” dan berjimat cermat demi kepentingan pembayar cukai.


NONEMP Taiping Ng Kor Ming berkata demikian ketika mengulas jawapan yang dikemukakan oleh Jabatan Perdana Menteri bahawa kerajaan menanggung kos RM86.4 juta untuk menyewa jet peribadi untuk lawatan rasmi Najib.

Jawapan bertulis yang dikemukakan itu menyebut jet berkenaan melibatkan kos RM16.515 juta untuk penyelenggaraan dan RM3.32 juta untuk baikpulih.

Nga berkata, Najib sepatutnya menunjukkan contoh dengan menukar gaya hidup dan berbelanja dengan bijak dan bukannya meminta rakyat berbuat demikian akibat tekanan inflasi.

“Dia (Najib) sepatutnya memimpin dengan menunjukkan tauladan,” katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Tiada ulasan: