MSTAR ONLINE
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
(PAC) akan bermesyuarat pada 21 Oktober ini bagi menentukan projek atau
kementerian yang bakal dipanggil bagi memberi keterangan terhadap projek
yang dikenal pasti berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa.
Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentang dalam Dewan Rakyat, Selasa, pihaknya memerlukan masa untuk meneliti segala maklumat sebelum memulakan proses inkuiri.
"Bagi kita masa. PAC juga baru bermesyuarat semalam dan sudah pasti kita akan memanggil kakitangan kerajaan yang terbabit bagi memberikan keterangan," katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.
Nur Jazlan berkata cadangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya satu jawatankuasa dibentuk kerana merasakan PAC tidak efisien adalah satu pandangan yang menghina institusi Parlimen.
"Mengikut cadangannya (Lim Guan Eng), jawatankuasa berkenaan dianggotai Perdana Menteri, Ketua Pembangkang serta Ketua Audit Negara dan bagaimana status jawatankuasa ini. (Ini adalah) kerana PAC boleh menyiasat badan eksekutif dan jika Perdana Menteri menganggotainya bagaimana jawatankuasa berkenaan mahu menjadi sebuah badan bebas," tambahnya.
Nur Jazlan berkata meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berusaha keras dalam memastikan isu penyelewengan dan salah guna kuasa dalam kerajaan dibanteras, ia tidak boleh dilaksana dalam sekelip mata.
Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 adalah bukti kesungguhan Perdana Menteri dalam membanteras perkara itu, selain Laporan Ketua Audit Negara yang dibentang tiga kali setahun pada setiap sidang Dewan Rakyat berbanding hanya sekali sebelum ini. - BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan