Ahad, 20 Oktober 2013

Liow terselamat tindakan celaan dalam EGM

THE MALAYSIAN INSIDER

















Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) terselamat daripada tindakan celaan dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti hari ini, menerusi majoriti tipis 225 undi atau 54.4% daripada jumlah undi diterima.

Daripada 2,189 perwakilan yang mengundi, 1,190 daripada mereka mengundi menolak usul untuk mencela Liow manakala 965 mengundi menyokong. Terdapat sebanyak 34 undi rosak.

Usul untuk mencela Liow dibuat kerana keengganannya menerima keputusan bersama parti dan kegagalannya dalam menjalankan tugas sebagai pengerusi jawatankuasa persiapan pilihan raya umum.

Keputusan itu disambut sorakan gembira oleh penyokong Liow di dalam dan luar Dewan San Choon, Wisma MCA di sini sebaik sahaja Speaker Datuk Yip Phooi Hong mengumumkannya pada kira-kira 3 petang. – Bernama

Tiada ulasan: