Sabtu, 5 Oktober 2013

Kredibiliti konsultan luar dipersoal, Putrajaya berdepan kritikan

ANALISIS BERITA OLEH THE MALAYSIAN INSIDER




Kemarahan dan keluhan semakin kedengaran di kalangan ahli politik Umno, blogger dan penjawat awam yang membantah pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak (gambar) kerana terlalu bergantung kepada konsultan, daripada merangka polisi awam sehinggalah kepada kerja-kerja remeh seperti menyediakan pembentangan power point kepada agensi-agensi dalam kerajaan.

Malah secara faktanya, terdapat kebimbangan yang besar ke atas kerajaan dan pengurusan aset negara Khazanah Nasional yang mengambil khidmat konsultan luar seperti McKinsey and Co, Boston Consulting Group, Frost and Sullivan, Ernst and Young dan sebagainya, sehingga menimbulkan persoalan yang membingungkan.

Adakah kebergantungan kepada perunding ini membawa kepada penurunan kualiti sektor perkhidmatan awam negara?

 Mengapa Khazanah Nasional dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan mengupah konsultan ini untuk operasi pejabat, sedangkan mereka mempunyai beribu-ribu pekerja yang dibayar dengan gaji yang tinggi?

Terdapat konsultan yang dikaitkan dengan setiap tugasan utama di Malaysia. Daripada pelan Iskandar, hinggalah pelan tindakan pendidikan, koridor ekonomi, rancangan lima tahun ekonomi, kereta api berkelajuan tinggi ke Singapura, strategi pilihan raya, penjenamaan, dan sebagainya.

Tekanan yang dihadapi parti pemerintah dan perkhidmatan awam ke atas perkhidmatan luar Malaysia dilihat telah pun bermula.

Satu kajian daripada penyokong Umno dan kakitangan awam badan kajian bebas Merdeka Center mendapati rasa tidak puas hati yang tinggi terhadap penggunaan perunding kerajaan ini.

Sebanyak 42% daripada mereka yang ditinjau berasakan perunding yang digunakan pentadbiran Najib tidak memberi sumbangan yang memuaskan.

Baki 30% pula tidak pasti mengenai sumbangan perunding.

Dalam perbincangan bersama kumpulan kecil dengan ahli-ahli akademik, badan pengkaji tersebut mendapati wujud kemarahan terhadap kecekapan agensi kerajaan iaitu Pemandu, dimana pensyarah universiti kecewa kerana terpaksa menerima arahan daripada konsultan tersebut tanpa mempunyai matlamat yang jelas serta tidak memahami situasi sebenar yang berlaku di dunia.

The Malaysian Insider mendapat tahu pendedahan baru-baru ini dimana McKinsey mengenakan RM20 juta untuk menyediakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan telah membawa kepada persoalan mengenai bilangan perunding dan bil-bil yang dikemukakan mereka di Dewan Rakyat.

Malah terdapat juga beberapa ahli Parlimen telah meminta Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) untuk meneliti kesan bayaran terhadap kajian atau analisis yang dilakukan oleh konsultan tersebut.

Blogger pro-Umno terkenal Syed Akbar Ali menulis mengenai perkara tersebut semalam yang menyatakan sebuah syarikat konsultan Frost & Sullivan telah berkembang daripada 10 orang di Malaysia pada tahun 2000 kepada 120 orang tahun ini, dengan kebanyakan pelanggannya adalah daripada  agensi dan syarikat berkaitan kerajaan.

"Syarikat itu mendapat perolehan sebanyak AS$45 juta (kira-kira RM140 juta) tahun lepas. Keuntungan hampir AS$9 juta (kira-kira RM28 juta). Saya fikir mereka telah menemui El Dorado mereka di Malaysia di dalam akaun bank Khazanah," kata Syed Akbar laman blognya, OutSyed the Box.

Beliau juga mendedahkan Frost & Sullivan bakal membuka sebuah pejabat di Iskandar Malaysia, yang dikendalikan oleh Khazanah Nasional. Beliau membidas syarikat tersebut kerana dengan dengan bongkaknya mengatakan mereka akan menjadi sebuah syarikat terbesar di dunia dengan 830 kakitangan pada tahun 2020.

Syed Akbar juga menegaskan bahawa Frost & Sullivan memberi anugerah yang tidak diketahui dikenali’Global Award for Visionary Innovation Leadership’ kepada Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar semasa lawatan keduanya ke San Francisco di mana syarikat negara yang kaya tersebut telah membuka pejabatnya.

"Dan ia begitu mudah untuk menggembirakan orang bodoh. Hanya memberikan mereka anugerah tersebut dan mereka akan menyerahkan semua wang tunai kami," kata beliau

Tiada ulasan: