Isnin, 21 Oktober 2013

KEKALAHAN Mukhriz beri kesan di Sg Limau

MALAYSIA CHRONICLE



JERAI - Kekalahan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dalam pemilihan Umno sedikit sebanyak memberi kesan kepada kempen BN di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau.

Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Perak, Ustaz Nazri Din berkata, penyokong dan jentera BN dilihat telah menyandarkan harapan yang begitu tinggi kepada Mukhriz bagi merebut jawatan Naib Presiden Umno bagi menaikkan semangat jentera dan ahli parti untuk berkempen memenangkan calon BN.

Mukhriz bgaimanapun gagal setelah ketiga-tiga penyandang berjaya mengekalkan jawatannya, kata Nazri.

Namun begitu katanya, PAS tidak memandang rendah perkara itu dan akan bergerak dengan strategi tersendiri untuk meraih sokongan pengundi bagi memastikan kerusi tersebut kekal milik PAS.

"Di saat jentera BN khususnya Umno terganggu dalam suasana pemilihan, PAS hadir dalam keadaan bersedia tanpa sebarang permasalahan timbul.

"PAS akan mengambil peluang ini untuk menyusun gerak kerja yang kuat bagi menyaingi gerak kerja BN untuk meraih sokongan rakyat," katanya.

Beliau berketa demikian ketika ditemui Harakahdaily di rumah petugas PAS Perak di Simpang Tiga, Sungai Limau, dekat sini malam tadi.

Pengarah kontinjen petugas PAS Perak itu menjelaskan, PAS Perak telah diamanahkan untuk bertugas di dua Unit Peti Undi (UPU) iaitu Simpang Tiga, dan Selengkoh.

Kedua-dua UPU itu katanya masing-masing tewas ketika PRU13 yang lalu.

Namun kata Nazri, pihaknya melahirkan keyakinan untuk meraih sokongan dan mendapatkan undi yang lebih tinggi berbanding PRU13 lalu.

Beliau menyatakan, jentera PAS Perak telah mula berkampung di Sungai Limau secara berperingkat hingga hari pengundian untuk membantu menyusun gerak kerja kempen.

Jelas Nazri, PAS telah mengenalpasti pendekatan, strategi, cara berkempen yang paling sesuai untuk dipraktikkan oleh jenteranya sewaktu berkempen.

"Kami akan berusaha sedaya mampu untuk memastikan kemenangan PAS di Dun Sungai Limau dapat dikekalkan," tegasnya.Harakahdaily

Tiada ulasan: