Rabu, 16 Oktober 2013

Jemputan KPN tak jawab polisi ‘tembak duhulu’

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar masih belum menjawab polisi ‘tembak dahulu’ seperti dinyatakan Menteri Dalam Negeri, kata naib presiden KEADILAN, N Surendran.

Katanya, sehingga hari ini jumlah suspek yang mati ditembak dalam operasi polis masih belum didedahkan.

“PDRM mesti hentikan kejadian tembakan suspek polis yang keterlaluan dan salah di sisi undang-undang,” kata Surendran dalam kenyataan
N_Surendran.
Kata Surendran, reaksi KPN dengan mencabarnya untuk melihat sendiri operasi mencegah jenayah adalah respon tersentak (knee-jerk) kepada kritikannya yang munasabah.

“Tetapi saya telah menerima tawaran beliau dengan hati terbuka,” katanya.

Beliau bertegas tidak meminta maaf kerana mengkritik tindakan anggota polis yang melanggar undang-undang terutamanya dalam cara mengendali suspek.

“Keselamatan semua rakyat Malaysia perlu diutamakan dan hak untuk hidup seperti termaktub di dalam Perlembagaan tidak boleh dikompromi,” tegasnya.

Tiada ulasan: