Khamis, 10 Oktober 2013

Jangan ‘Malu’ Untuk Mengadu Kepada Wakil Rakyat PAS

BULETIN ONLINE


KEMAMAN – Rakyat negeri ini khususnya penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai tidak perlu ‘berat mulut’ atau merasa segan untuk meminta bantuan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS sekiranya mereka ditimpa sebarang bencana atau malapetaka.

ADUN Chukai, Haji Hanafiah Mat berkata, membantu rakyat dalam kesusahan adalah menjadi tanggungjawab wakil-wakil rakyat PAS, walaupun kepada bukan penyokog PAS bahkan ahli-ahli Umno sekali pun.

“pertolongan dan bantuan saya serta rakan-rakan wakil rakyat PAS yang lain menjangkaui batas kaum dan agama, apatah lagi parti-parti politik, samada ada dia orang PAS atau orang Umno, semuanya rakyat,

Hanafiah rumah timpa pokok1

“kita akan bantu mana-mana yang boleh, mana-mana yang termampu,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas memberikan bantuan kepada seorang penduduk di Kampung Geliga Pantai, Chukai, yang ditimpa kesusahan apabila sebatang pokok Rhu tumbang menimpa rumahnya.

Menurutnya, walaupun beliau sedia maklum bahawa keluarga terbabit adalah ‘penyokong kuat’ Umno, bantuan wakil rakyat tetap dihulurkan.

“Noor Leda A Rashid, 51, bersama anaknya, Nurul Nur Athirah, 16, ditimpa sebatang pokok Rhu semalam kira-kira jam 12.30 tengah malam, waktu itu angin kuat………ribut dan hujan lebat,

“pohon kayu tu menimpa bilik anaknya, AlhamduliLlah……..walaupun Athirah ditindih atap tetapi dia selamat, hanya ‘lebam’ di peha,”ujarnya pada hari Selasa 8 Oktober.

[Gambar - Noor Leda, berbaju T-Shirt kuning dan bertudung biru bersama Haji Hanafiah. Pusat Khidmat ADUN turut menebang dan mengerat pokok Rhu yang menimpa rumah Noor Leda]

Sehubungan itu, beliau meminta Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said mempertimbangkan semula dengan pemikiran yang rasional, keperluan untuk mengagihkan peruntuhan tahunan kerajaan negeri kepada wakil-wakil rakyat PAS.

“sekiranya peruntukan itu disalurkan, tidaklah malu orang seperti Noor Leda yang memegang jawatan dalam Umno cawangan untuk memita bantuan dari wakil rakyat PAS, untuk kebaikan bersama dan kebaikan seluruh rakyat,” tambahnya.

Tiada ulasan: