Jumaat, 18 Oktober 2013

Isu K-Pop, Jingga 13 lapor SPRM

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Satu laporan akan dibuat ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menuntut siasatan penuh ke atas bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Menurut kenyataan Jingga 13, laporan akan dibuat esok (Jumaat) pada jam 11 pagi di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

“Kesediaan Datuk Ahmad Shabery Cheek menghadapi soal siasat PAC sangat dihormati,” kata penyelaras Jingga 13, Fariz Musa

sprm

“Namun beliau tidak berani secara terbuka untuk disoal siasat oleh SPRM untuk menyiasat kes tersebut sedalam-dalamnya.

“Ini menimbulkan persoalan kepada rakyat terhadap sikap beliau tersebut,” tegasnya

Kata Fariz, laporan dibuat untuk mendesak siasatan sama ada benar dakwaan Shabery bahawa konsert tersebut dibiayai penajaan syarikat swasta.

“Ternyata bercanggah dengan Laporan Ketua Audit Negara 2012,” kata Fariz.

Tiada ulasan: