Selasa, 1 Oktober 2013

Dewan Rakyat lulus rang undang-undang perbekalan tambahan

THE MALAYSIA INSIDER
  






















Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2013) selepas dibahaskan dalam peringkat jawatankuasa sejak Rabu lepas.
Rang Undang-undang itu memperuntuk wang tambahan sebanyak
RM14,125,580,900 kepada beberapa kementerian sebagai perbelanjaan mengurus tambahan pertama.

Kementerian terbabit ialah Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

 Selain itu, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

Terdahulu, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr James Dawos Mamit yang mewakili Menteri Pelancongan dan Kebudayaan membentangkan Rang Undang-undang Fi (Jabatan Muzium Malaysia) (Pengesahan) 2013 untuk bacaan kali pertama. – Bernama,

Tiada ulasan: