Selasa, 1 Oktober 2013

Daripada mati ditembak, lebih baik mati bertembak, kata Bung Mokhtar

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
























Ketika hangat membahaskan usul pindaan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (PCA), Datuk Bung Mokhtar Radin (gambar) secara terbuka mengisytiharkan beliau kini membawa pistol selepas khuatir akan keselamatan diri.

"Daripada mati ditembak, saya lebih rela mati bertembak," kata Ahli Parlimen Kinabatangan itu semasa membahaskan rang undang-undang berkenaan di Dewan Rakyat hari ini.

Pemimpin Barisan Nasional (BN) yang lantang itu menegaskan beliau terpaksa membawa senjata api untuk melindungi dirinya memandangkan peningkatan kes jenayah bunuh kebelakangan ini.

 "Kita tengok kes bunuh dan rompakan semakin meningkat. Dulu saya tidak bawa pistol sebab berat tetapi sekarang saya terpaksa," ujarnya.

"Kita perlu melindungi rakyat bukan melindungi ketua kongsi gelap," kata Bung Mokhtar.

Jelasnya lagi, hanya dengan pindaan berkenaan, rakyat Malaysia akan dapat menikmati kehidupan dengan lebih selamat dan aman.

Tiada ulasan: