Ahad, 20 Oktober 2013

Agong ada kuasa veto sekat PCA – Aziz Bari

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Yang Dipertuan Agong boleh menggunakan kuasanya untuk menyekat pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA) yang  diluluskan oleh parlimen dan dewan negara, kata Pakar Perlembagaan, Dr Aziz Bari.

Semalam, Pengerusi DAP,  Karpal Singh menyerahkan memorandum kepada Istana Negara memohon agar Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenankan Rang Undang-undang untuk meminda akta berkenaan.

“Tindakan Karpal itu betul sebab masih ada peluang dan ruang untuk memohon Agong campur tangan.

“Oleh kerana Rang Undang-undang (bill) PCA ini banyak masalah dan mencabul hak asasi, Agong mempunyai peranan dan tanggung jawab untuk menyekatnya. Ini  kerana Umno-BN menggunakan kuasa majoriti mereka di dalam dewan rakyat dan dewan negara,”

“Agong boleh veto rang undang-undang PCA yang telah diluluskan oleh parlimen,” ujarnya kepada Keadilandaily.

Abdul Aziz berkata, peruntukan perlembagaan di bawah Perkara 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan, yang memberi kuasa kepada Parlimen untuk memintas Agong, adalah tidak sah dan baginda masih mempunyai kuasa untuk campur tangan.

Semalam, Karpal berkata, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk berbuat demikian berdasarkan Perkara 66 (4) Perlembagaan.

Bagaimanapun, Perkara 66 (4A) menetapkan rang undang-undang yang diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara tetap akan menjadi undang-undang selepas 30 hari meskipun tanpa perkenan Agong.

“Pada pandangan saya  Perkara 66 (4A) tidak sah – dan peruntukan lama membolehkan Agong sedikit ruang untuk campur tangan masih ada- tetapi ini perlu dilakukan melalui permohonan di mahkamah,” kata Aziz dilapor Malaysiakini, semalam.

Tiada ulasan: