JAMILAH HAMZAH
KEMENANGAN yang diraih selepas PRU13, 5 Mei lalu, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dilihat semakin gagah memperjuangkan nasib wanita.
Beliau yang juga dipilih kembali sebagai Ahli Parlimen Ampang juga semakin lantang bersuara pada persidangan Parlimen demi membela hak wanita.
Ikuti wawancara khas wartawan Sinar Harian Online untuk mendapatkan perkembangan mengenai kariernya.
SINAR HARIAN ONLINE: Adakah YB akan terus mempertahankan jawatan Ketua Wanita PKR dalam pemilihan yang akan datang?
ZURAIDA: Ya.
SINAR HARIAN ONLINE: Umum mengetahui, YB di antara wanita pembangkang yang lantang bersuara terutamanya dalam isu wanita. Apakah pencapaian yang telah diperjuangkan setakat ini dan menjadi kebanggaan YB?
ZURAIDA: PKR adalah parti yang komited dalam usaha mengetengahkan lebih ramai kepimpinan wanita diperingkat pembuat keputusan apabila meletakkan 30 peratus penyertaan wanita di setiap peringkat parti dalam Perlembagaan parti.
Kita serius dalam mengarus perdanakan gender (gender mainstreaming) bermula dengan peringkat parti.
Penggal pertama Kerajaan Negeri Selangor di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat telah berjaya melantik lebih dari 30 peratus wanita sebagai Exco Kerajaan Negeri.
Kini memasuki penggal kedua, kita telah meletakkan sasaran 30 peratus Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan mestilah terdiri daripada wanita.
SINAR HARIAN ONLINE: Apakah kriteria yang perlu ada untuk menjadi Ketua Wanita?
ZURAIDA: Saya tidak mengatakan bahawa ini adalah syaratnya, namun Wanita PKR memerlukan seorang Ketua Wanita yang mampu memimpin dan menggerakkan seluruh anggota wanita untuk melaksanakan dasar perjuangan parti.
PKR melaksanakan sistem pemilihan iaitu Ketua Wanita adalah dipilih oleh ahli parti.
Maka, pemimpin yang diberi kepercayaan oleh ahli partilah yang akan dipilih memikul amanah ini.
SINAR HARIAN ONLINE: Memasuki penggal kedua, YB sekali lagi dipilih rakyat pada PRU13 lalu, adakah YB mempunyai perancangan untuk membantu penduduk di Ampang?
ZURAIDA: Saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh pengundi Parlimen Ampang kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk meneruskan tanggungjawab ini.
Antara fokus utama penggal kedua adalah mencari jalan penyelesaian krisis air yang sering berlaku di Ampang.
Selain itu, masalah sampah yang masih belum selesai, penambahbaikan kawasan pasar serta memastikan pembangunan di kawasan Ampang mengikut jadual Kerajaan Negeri dilaksanakan seperti cadangan pembinaan mini stadium serta beberapa gelanggang futsal untuk kemudahan anak - anak muda.
SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana jumlah terkini ahli wanita PKR?
ZURAIDA: Hampir sepertiga ahli PKR yang berjumlah lebih 500,000 orang terdiri daripada wanita.
SINAR HARIAN ONLINE: Sebelum PRU13, PR berjanji jika dilantik kembali menjadi wakil rakyat akan melaksanakan janji dalam tempoh 100 hari awal yang tertumpu dengan 10 perkara asas, jadi apakah perkembangan janji-janji yang dilaungkan tersebut?
ZURAIDA: Usaha dan khidmat berterusan saya kepada rakyat di kawasan Ampang bermula dari hari pertama dipilih semula.
Dan saya sedaya upaya melaksanakan perkara-perkara yang telah dirancang dengan sebaik mungkin demi penduduk Ampang.
SINAR HARIAN ONLINE: Bolehkah YB kongsikan pengalaman sepanjang menjadi ahli politik terutamanya pada bulan Ramadan dan musim perayaan? Bagaimana pembahagian masa dengan keluarga dan masyarakat?
ZURAIDA: Alhamdulillah keluarga amat memahami malah turut sama membantu saya dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.
Saya mendidik anak-anak dan keluarga agar turut sama membantu dan berbuat baik sesama manusia.
Jadi, boleh dikatakan masa bersama keluarga dan masyarakat sentiasa ada. Di bulan Ramadan selain berbuka puasa dan terawih bersama rakyat di masjid atau surau saya juga mengadakan edaran lauk berbuka puasa kepada penduduk Ampang.
SINAR HARIAN ONLINE: Apakah perkara yang dilakukan atau khidmat bakti kepada masyarakat apabila tibanya musim perayaan?
ZURAIDA: Kita memberi sumbangan Aidilfitri kepada anak - anak yatim di kawasan.
Selain itu, saban tahun saya mengadakan Jamuan Aidilfitri di peringkat Parlimen Ampang.
Pada tahun ini insya-ALLAH saya adakan pada 25 Ogos 2013 jam 8-10 malam di hadapan BSN, Bandar Baru Ampang.
Semua dijemput hadir meraikan majlis ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan