Khamis, 15 Ogos 2013

Wakil PAS, Buddha bentuk dialog antara agama


MALAYSIA KINI


 
Seorang pemimpin PAS dan seorang aktivis pergerakan Buddha menjalin kerjasama untuk membentuk dialog antara agama di antara kedua-dua anutan mereka.

MP Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa dan Sherab Wong, seorang pemimpin Pergerakan Buddha Vajralink dalam satu kenyataan bersama berkata dialog “sihat, positif dan proaktif” perlu diteruskan di antara individu dan pergerakan.

“Semua agama perlu proaktif dalam memastikan anggota mereka memahami maksud hormat-menghormati antara satu sama lain dan mengelak pandangan ekstrem yang tidak memberi apa-apa manfaat dalam masyarakat berbilang kaum,” kenyataan itu dipetik.

Muhahid merupakan pengerusi Dialog Antara Agama Asia Tenggara Untuk Keamanan yang mempunyai hubungan di Indonesia dan Thailand.

Hubungan antara agama menjadi mencabar terutama apabila soal sensitiviti tidak ditangani kerana ini akan menjejas hubungan antara fahaman, kata mereka.

Kenyataan itu timbul susulan kejadian terbaru di saebuah resort di Sedili, Kota Tinggi, melibatkan tindakan sekumpulan penganut Buddha Singapura yang menjalankan upacara di satu surau di resort terbabit.

Polis bertindakan menahan reman pengurus berkenaan untuk mebantu siasatan dan pihak berkuasa agama merancang untuk merobohkan surau terbabit, yang didakwa dibina dengan tidak menepati arah kiblat.

Tiada ulasan: