Khamis, 8 Ogos 2013

Suhakam gesa tubuh suruhanjaya baru Orang Asli



 
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menggesa kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya kebangsaan baru berhubung Orang Asli bagi menasihati kerajaan berkaitan perkara dasar dan undang-undang.

Siasatan Suhakam berhubung isu tanah Orang Asli berlangsung lebih dua tahun. Laporannya diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Paul Low semalam.

Laporan itu mengandungi 18 cadangan, antaranya dengan membentuk Tribunal Tanah Adat yang membariskan bekas-bekas hakim untuk menyelesaikan aduan berkaitan pemilikan tanah.

Siasatan mendapati, di Sabah sahaja, terdapat 51 aduan dibuat terhadap Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan syarikat berkaitan kerajaan yang mengabaikan hak-hak golongan itu dalam aktiviti perladangan.

Tiada ulasan: