Jumaat, 23 Ogos 2013

Sub-editor Suara Keadilan dipanggil SKMM beri keterangan

Oleh: Mohd Arif Juhani

Sub-editor Suara Keadilan, Sidiqin Omar hari ini dipanggil Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membantu siasatan kes terhadap sebuah blog bebas.

Ditemani peguam, Farhan Read, Sidiqin hadir ke pejabat SKMM di Bangunan Sultan Abdul Samad pagi ini untuk memberi keterangan berkenaan hubungannya dengan blogger tersebut.

Diqin_SKMM

“Saya hadir sebagai saksi yang mana tujuannya ialah jika kes blogger itu dibawa ke mahkamah, maka seksyen 114(A) akan digunakan,” ujarnya ketika ditemui selepas siasatan.

Dalam siasatan tersebut yang mengambil masa selama hampir dua jam, Sidiqin memaklumkan, beliau memberi keterangan berdasarkan kepada lebih 20 soalan.

Sementara itu, Farhan pula menjelaskan, punca Sidiqin dipanggil hanyalah kerana beliau ada memiliki nombor telefon blogger berkenaan.

Tiada ulasan: