Hakim siasatan Perancis yang menyiasat dakwaan sogokan dalam jualan dua kapal selam kelas Scorpene - oleh DCNS, pembuat kapal berpangkalan di Paris, kepada Malaysia - juga menyiasat kemasukan tiga individu ke negara itu sejak 1999, kata sumber.
Ketiga-tiga mereka Datuk Seri Najib Razak, Abdul Razak Baginda dan Altantuya Shaariibuu dikatakan ada melawat Perancis tetapi urusan masuk-keluar tidak direkodkan dalam dokumen imigresen.
Jasbir Singh Chahl, bekas broker, mendakwa rekod Perancis menunjukkan Altantuya tidak pernah memasuki Perancis dan tidak terlibat juga dalam rundingan itu.
Berdasarkan dokumen mahkamah Perancis bernombor 54, yang boleh diperoleh di Internet, hakim siasatan Scorpene mahu tahu sama ada ketiga-tiga nama di atas "dicatat pada fail rentas sempadan dan sama ada mereka melalui wilayah Perancis sejak 1999".
Sumber berkata, mahkamah telah bertanya perkara itu melalui faks bertulis kepada ‘Staff of the Central Directorate of the Frontier Police'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan