Sabtu, 3 Ogos 2013

Scorpene: Suaram berdepan gangguan 'pusingan ke-2'

 


Polis akan menyerahkan saman kepada ahli eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel pada hari Isnin berkaitan dengan majlis makan malam yang dianjurkan untuk mengumpul dana bagi kes mahkamah 'Scorpene' di Perancis.

NONEGabriel (kanan) berkata, beliau menerima panggilan dari ibu
pejabat polis Petaling Jaya pada kira-kira jam 3.30 petang semalam untuk memaklumkan kepadanya tentang perkara itu.

"Polis berkata, saman akan diserahkan kepada saya mengikut Seksyen 112 (Kanun Prosedur Jenayah) berkaitan majlis makan malam Scorpene," katanya ketikadihubungi Malaysiakini.
Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah berkaitan dengan "pemeriksaan saksi oleh polis".

Tiada ulasan: