Fathul Bari Mat Jahaya
SHAH ALAM – Ketika pemilihan Umno semakin hampir, rata-rata
pemimpin-pemimpin Umno sudah mengumumkan penawaran masing-masing untuk
mempertahan dan merebut jawatan tertinggi dalam parti, Pengerusi
Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda, Fathul Bari Mat Jahya
nampaknya tidak mahu ketinggalan.
Menulis dalam laman mikro Twitter miliknya, Fathul menyatakan kesediaanya untuk bertanding dalam Exco Pemuda Umno demi memperjuangkan Islam.
Katanya, kesediannya itu juga bertitik tolak daripada janji Presiden dan Ketua Pemuda Umno, jawatan tersebut dapat dijadikan platform bagi memperjuangkan Islam.
“Kesediaan saya untuk bertanding Exco Pemuda Umno kerana saya dijanjikan bahawa platform itu boleh dimanfaatkan untuk memperjuangkan Islam,” tulisnya.
Sebelum ini, Umno-BN telah memilih Fathul Bari sebagai salah seorang calon ulama bertanding pada PRU13, 5 Mei lalu.
Beliau dicalonkan di Dun Sanglang bagi menewaskan calon Pas, namun tidak berhasil.
Jawatan Exco Pemuda Umno kini disandang oleh Mohd Suffian Awang, Shafiqurrrahman Shamsudin, Datuk Sohaimi Shahadan, Mohd Gasing Saling, Ustaz Affendi Yusof dan Datuk Wan Amizan Wan Abd Razak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan