MSTAR ONLINE
KUALA LUMPUR: Lebuh raya KL-Kuala Selangor, yang
lebih dikenali sebagai Lebuh raya Latar (Latar), menghubungkan Kuala
Lumpur dengan Ijok di Kuala Selangor, dijangka mengalami peningkatan
10,000 pengguna setiap hari setelah siapnya persimpangan bertingkat
menghubungkan Bandar Tasik Puteri Rawang pada 2015.
Ketua Pegawai Eksekutif syarikat konsesi KL-Kuala Selangor Expressway Berhad, Amran Amir berkata lebuh raya itu kini mencatatkan purata maksimum 60,000 pengguna terutama pada hujung minggu.
"Persimpangan Bandar Tasik Puteri itu yang menghubungkan satu daripada perbandaran kediaman terbesar di Selangor akan menjadi pemangkin kepada Lebuh raya LATAR dari segi peningkatan trafik di sepanjang lebuh raya.Ini kerana jumlah penduduk dijangka mencecah 120,000 dalam perbandaran berkenaan pada 2028," kata Amran.
Beliau berkata pemaju perbandaran Bandar Tasik Puteri telah melantik KL-Kuala Selangor Expressway untuk membina persimpangan bertingkat.
Amran berkata lebih banyak lagi pembangunan dijangka muncul pada masa akan datang, mengambil kesempatan daripada kemudahan dan sambungan strategik lebuh raya Latar ke destinasi utama dan bandar.
"Latar bersambung terus ke Lebuh raya Koridor Guthrie dan Lebuhraya Utara-Selatan PLUS," katanya.
Pada masa akan datang, beliau berkata, Latar juga akan mempunyai sambungan terus ke Lebuhraya Pantai Barat sebaik sahaja ia siap dibina pada 2019 dan akan menyediakan akses langsung dan aliran ke utara sehingga ke Taiping.
Projek Lebuhraya Pantai Barat yang akan dilaksanakan oleh West Coast Expressway Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Europlus Bhd.
Menurut Amran, projek lebuh raya berkenaan juga akan menjadi satu lagi pemangkin bagi Latar untuk menyaksikan jumlah trafik meningkat.
"Kutipan tol Latar dan jumlah trafik telah mencatatkan pertumbuhan positif sejak mula dibuka kepada orang ramai pada 2011," katanya.
"Sejak 2011 hingga 2013, lalu lintas telah meningkat sebanyak 50 peratus dan bagi tempoh antara 2012 dan Jun 2013, aliran trafik mencatatkan peningkatan sebanyak 22 peratus," kata Amran.
Sehingga kini, Amran berkata beberapa projek hartanah dilihat mendapat manfaat daripada pembangunan atau penambahbaikan yang dibawa oleh Latar, yang meningkatkan jumlah purata trafik harian selama ini.
"Secara keseluruhannya, diramalkan bahawa pada 2013 Latar akan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya dari segi trafik purata harian," katanya.
Projek pembangunan perumahan baharu dan pasar raya besar di Bandar Puncak Alam, merupakan antara pemangkin untuk merangsang jumlah trafik dan nilai pelaburan hartanah yang sedia ada di sepanjang lebuh raya, katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan