Rabu, 14 Ogos 2013

Petisyen Parlimen Kota Marudu akan dibicarakan

THE MALAYSIAN INSIDER

Mahkamah pilihan raya membenarkan petisyen PKR untuk kerusi Parlimen Kota Marudu dibicarakan - yang pertama dibenarkan untuk kerusi yang dimenangi BN dalam pilihan raya lalu.

Dalam pilihan raya lalu, calon BN dari PBS, Datuk Dr Maximus Ongkili mengalahkan calon PKR, Datuk Maijol Mahab dan dua lagi.

Bagaimanapun, Hakim Yew Jen Kie membersihkan Dr Ongkili dari sebarang salah laku sepanjang pilihan raya itu, lapor The Star.

 Ia dibuat berdasarkan bantahan awal yang dibuat oleh Dr Ongkili terhadap petisyen itu.

Ini adalah petisyen kedua yang diterima mahkamah untuk dibicara selepas melepasi peringkat pertama.

Sebelum ini, hakim yang sama membenarkan petisyen yang dikemukakan BN terhadap calon PKR, Datuk Seri Panglima Lajim Ukim untuk kerusi DUN Klias, Sabah.

Dalam petisyennya, Maijol menyatakan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air itu tidak mematuhi peraturan pilihan raya di samping terlibat dengan rasuah. Ia ditolak oleh mahkamah.

Mahkamah menetapkan petisyen terhadap SPR dan Pegawai Pengurus pilihan raya Kota Marudu ini dibicarakan selama 10 hari mulai 19 Oktober.

Dalam pilihan raya lalu, Dr Ongkili, yang dinamakan sebagai defendan pertama, menang kerusi itu dengan majoriti 842 undi.

Dia berjaya mendapat 15,168 undi berbanding Maijol 14,326, State Reform Party, Majamis Timbong (2,228 undi) dan Yuntau Kolod Sabah Progressive Party (444 undi).

Tiada ulasan: