Sabtu, 3 Ogos 2013

PERKASA gesa k'jaan bertindak terhadap Namewee


MALAYSIA KINI


 
Kumpulan hak-hak Melayu, PERKASA mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pembikin filem, Namewee, kerana mengkritik kerajaan yang mengarahkan supaya dikaji semula kelulusan filem The New Village, yang menyebabkan tayangan  filem itu tertangguh.

Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim berkata Namewee telah berkelakuan melampau dalam posting blog videonya di Youtube, di mana dia mengembar-gemburkan tentang 'double standard'  dalam pendekatan pihak berkuasa terhadap industri filem.

Namewee berkata, walaupun filem itu adalah tentang Parti Komunis dulu tetapi menurutnya itu semua hanya sekadar sejarah.

"Tak kan kerana beberapa bantahan bodoh, kamu pun sekat filem ini," kata Namewee sambil menyifatkannya sebagai keterlaluan, sertaj membangkitkan tentang satu lagi filem kontroversi Tanda Putera yang akan ditayangkan pada 29 Ogos.

Tayangan filem Tanda Putera telah ditangguhkan beberapa kali sejak tahun lepas kerana kritikan terhadap babak rusuhan Mei pada 1963

Filem The New Village sepatutnya mula ditayangkan pada 22 Ogos, tetapi Kementerian Dalam Negeri telah mengarahkan Lembaga Penapisan Filem (Finas) mengkaji semula filem itu berikutan aduan oleh Exco Pemuda Umno, Lokman Adam yang mendakwa filem itu mengagungkan komunisme.

Namewee juga mengadu mengenai masalah yang dihadapinya dengan pengawal selia filem, terutama dengan filem terbarunya  Kara King, yang ditayangkan mulai 1 Ogos.

Beliau berkata tayangan filem itu telah ditangguhkan sejak Tahun Baru Cina dan pengawal selia hanya memberi tarikh tayangan mulai 1 Ogos dalam tempoh yang singkat.

Akibatnya, dia tidak sempat melakukan kerja-kerja promosi dan membuat tayangan secara serentak di beberapa negara seperti yang dirancang.

Tiada ulasan: