Sabtu, 3 Ogos 2013

Pemimpin kalah p`raya hilang ketua bahagian Umno

 
Mereka mahu orang baru apabila ketua bahagian mereka kalah



PETALING JAYA: Ketua bahagian Umno di Kedah yang kalah dalam pilihan raya umum lalu akan dicabar dalam pemilihan parti pada  5 Oktober depan.

“Mereka hampir pasti dilawan oleh pemimpin lain, dan ketua bahgaian itu mungkin akan kalah”, kata Setiausaha Umno bahagian Kubang Pasu, Samsudin Ahmad.

Beliau menyebut Ketua Umno Kuala Kedah iaitu Datuk Latt Shariman Abdullah bakal dicabar.

Latt kalah di kerusi DUN Kubang Rotan kepada calon PAS, Mohd Nasir Mustafa.

Malah menurutnya, ada individu yang cuba menentang Ketua Umno Kubang Pasu Datuk Johari Baharom dalam pemilihan nanti.

Samsuddin juga berkata, beberapa bahagian Umno yang lain akan mendapat ketua yang baru antaranya Jerai, Kuala Kedah dan Jerlun.

`Saya rasa mereka akan ditentang’

“Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang juga Adun Ayer Hitam bakal menjadi Ketua Umno bahagian Jerlun.

“Manakala Datuk Mahadzir Khalid yang kini ahli parlimen Padang Terap akan mengetuai bahagian tersebut selepas 5 Oktober,” katanya lagi.

Menurut Samsuddin, fenomena di kalangan ahli dan penyokong Umno di negeri itu ialah mereka mahu orang baru apabila ketua bahagian mereka kalah dalam pilihan raya.

“Yang kalah yang saya kira termasuk timbalan ketua bahgian yang kalah dalam pilihan raya umum lalu akan kurang selamat dalam pemilihan kali ini.

“Saya rasa mereka akan ditentang,” tambah beliau lagi.

Samsuddin juga memberitahu, pemimpin lama Umno mungkin mendapat tekanan dari ahli dan penyokong supaya meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada muka baru.

Katanya, akan berlaku perubahan atau pertukaran pucuk pimpinan utama di beberapa bahagian tertentu

Tiada ulasan: