Jumaat, 2 Ogos 2013

Pelatih anjing Muslim dibebaskan hari ini, kata peguam

OLEH MD IZWAN



















Pelatih anjing Muslim Maznah Mohd Yusof yang ditahan polis akan dibebaskan hari ini, kata peguamnya Latheefa Koya yang menulis di laman mikro Twitter hari ini.

Maznah atau lebih dikenali sebagai Chetz direman sejak dua hari lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat untuk disoal siasat oleh polis dan penyiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
"Chetz akan dibebaskan hari ini. Keluarganya dalam perjalanan ke IPD Segamat," tulis Latheefa.

 Jam 1.00 tengahari tadi, Maznah disahkan bebas oleh Latheefa dan sempat bercakap dengan salah seorang peguamnya itu.

Maznah yang juga dikenali sebagai Chetz ditahan pada Rabu.

Wanita itu mencetuskan kontroversi apabila video yang memaparkan aksinya tiga tahun lalu menyambut Aidilfitri bersama tiga anjingnya dimuat naik ke malam YouTube pada Isnin.

Video itu menunjukkan Chetz membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat pekarangan masjid dengan suara latar takbir raya.

Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan Chetz memakai baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah-olah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.

Video itu juga menyiarkan kata-kata: "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga ekor anjing itu)."

Video itu turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada Chetz sekeluarga" dengan gambar lelaki duduk bersama tiga ekor ekor anjing di atas sofa

Tiada ulasan: