Selasa, 20 Ogos 2013

Pelajar Di Mesir Mula Isi e-Borang



PETALING JAYA: Pelajar Malaysia telah mula mengisi e-borang bagi pendaftaran pemindahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia Mesir (EME) untuk membantu pihak berkuasa menyampaikan maklumat dan arahan sama ada mereka perlu dibawa pulang.

EME, melalui laman Facebook berkata e-borang itu bagi mengumpul data dan profil pelajar di Mesir untuk dimasukkan dalam senarai pemindahan.

"Butiran telefon dan alamat akan membantu kita menghantar maklumat dan arahan dari masa ke semasa dan jika pemindahan diisytiharkan," menurut kenyataan, Isnin.

Rekod dalam e-borang telah dibuat untuk memudahkan EME mengumpul umur, jantina, negeri asal mereka dan bidang pengajian supaya pemindahan boleh diaturkan mengikut kategori dan keutamaan.

Wakil perhubungan Kedutaan Malaysia di Kaherah, Shaiful Anuar Mohammad berkata borang tersebut untuk mengenal pasti bilangan pelajar yang masih di Mesir dan sama ada mereka mahu pulang ke Malaysia.

"Terdapat beberapa pelajar yang berminat untuk terus tinggal kerana sebahagian peperiksaan masih berjalan di universiti-universiti tertentu. Sesetengah daripada mereka juga menganggap tidak terdapat keperluan segera untuk pulang," katanya.

Borang tersebut, katanya, adalah untuk membantu usaha-usaha Kerajaan yang perlu membuat keputusan untuk membawa pelajar pulang.

Shaiful Anuar berkata pihaknya juga sedang berunding dengan universiti-universiti bagi menangguhkan baki peperiksaan pada akhir bulan depan.

Di Alor Setar, Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir berkata, Yayasan Islam Kedah telah diarahkan untuk mengupah pengawal keselamatan untuk melindungi pelajar yang tinggal di asrama di Mesir dan juga untuk memastikan mereka mempunyai makanan yang mencukupi.

"Kami juga telah dinasihatkan oleh kerajaan Mesir untuk menangguhkan penghantaran pelajar baru kerana temuduga pelajar telah dihentikan pada masa ini," katanya selepas menyampaikan surat tawaran kepada pelajar-pelajar yang ditaja Yik di Wisma Darulaman, Isnin.

Tiada ulasan: