Isnin, 26 Ogos 2013

PAS Ucap terima kasih kepada Ketua Polis, harap lebih berani

BULETIN ONLINE

KUALA TERENGGANU – PAS merakamkan terima kasih menaruh harapan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang membuat penegasan akan memerangi jenayah tanpa mengira apa kedudukan sekali pun.

mesir berdarah

Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu turut berharap agar beliau berani bertindak termasuk membersihkan Bukit Aman dari sebarang pengaruh ‘gangstar’.

“saya berterima kasih kepada Ketua Polis Negara yang membuat ketegasan pada dua hari lepas (bahawa) dia akan bertindak tidak kira kedudukan mereka untuk memerangi jenayah, kita harap sungguh-sungguh………..,

“Ketua Polis Negara sekarang kena berani, berani bertindak termasuk membersihkan Bukit Aman dari penguasaan ‘mafia’,”ujarnya ketika berucap dalam Majlis Ceramah Mesir Berdarah di Pekan Batu Enam, dekat sini pada Sabtu 24 Ogos. [Lihat dan dengar video Mohamad Sabu]

Beliau berkata demikian kerana menurutnya bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan perah mendedahkan perkara tersebut.

Oleh itu katanya, PAS tidak mahu negara Malaysia menjadi seperti yang pernah berlaku ke atas negara-negara Amerika Latin, dimana pihak kehakiman dan kepolisan dikuasai oleh para pengedar dadah.

Tiada ulasan: