Jumaat, 2 Ogos 2013

Parti komponen BN Selangor, MCA MIC dan Gerakan, perlu tetap pendirian, tinggal parti, kata Guan Eng

OLEH MOHD FARHAN DARWIS


















Parti komponen Barisan Nasional (BN) Selangor seharusnya berpendirian tegas dengan meninggalkan gabungan berkenaan supaya dapat mengelak daripada dikaitkan dengan "pemimpin gila" seperti Datuk Seri Noh Omar kerana mahu ibu pelajar yang membuat pendedahan kantin di bilik persalinan ditahan di bawah Akta Hasutan, kata Lim Guan Eng.

Setiausaha Agung DAP itu mengulas kenyataan  Pengerusi Umno Selangor itu yang mahu pendedah maklumat kes SK Sri Pristina dikenakan akta kolonial itu.

"Jelas tidak wujud keyakinan dalam kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang memanggil Noh Omar ‘gila’ kerana mahu Gunewari disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mendedahkan gambar kantin sementara di bilik mandi tersebut, apabila MCA masih lagi bekerjasama dengan Umno di Selangor," kata Lim dalam satu kenyataannya hari ini.

Pemimpin DAP itu menegaskan, selagi MCA, Gerakan dan MIC tetap bekerjasama dengan Umno dalam BN Selangor dengan diketuai Noh Omar sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, sebarang kritikan terhadap pemimpin Umno itu dengan  mengatakannya "gila" hanyalah satu lagi pementasan drama atau wayang kulit yang akan dilupakan dalam masa seminggu.

"Ini hanya memperlihatkan hakikat bahawa parti komponen BN tidak berkongsi sebarang nilai kerana mereka adalah parti politik perkauman yang mewakili satu kaum sahaja.

"Namun parti politik perkauman mono-etnik yang mengasingkan kaum lain masih boleh bekerja bersama-sama dalam BN kerana mereka mempunyai objektif yang sama dalam membiarkan rasuah, salahguna kuasa dan kapitalisme kroni," tegasnya lagi.

Lim menegaskan, MCA, Gerakan dan MIC patut keluar daripada BN Selangor bagi membuktikan keikhlasan mereka untuk tidak dikaitkan dengan Noh Omar.

Isu melibatkan pengetua sekolah semakin menjadi perhatian apabila isu pelajar menjadikan bilik persalinan sebagai kantin sementara di SK Seri Pristina didedahkan kepada umum.

Selain itu, isu pengetua sekolah yang memarahi pelajarnya kerana tidak menghormati lagu Negaraku dengan menyuruh mereka "Balik India, China, Indonesia" juga menerima perhatian banyak pihak.

Justeru, Ahli Parlimen Bagan itu meletakkan kegagalan Kementerian Pendidikan untuk bertindak terhadap pengetua-pengetua yang bersifat perkauman sejak dahulu sebaliknya hanya membenarkan tabiat yang tidak sihat untuk terus berleluasa.
"Di mana semangat 1Malaysia di sekolah-sekolah, dan kenapa pula ibu bapa bukan Melayu mahu dipersalahkan apabila mereka tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah menengah kerajaan?

"Malahan apabila masih wujud golongan pendidik yang bersifat perkauman," katanya. - 1 Ogos, 2013. Parti komponen Barisan Nasional (BN) Selangor seharusnya berpendirian tegas dengan meninggalkan gabungan berkenaan supaya dapat mengelak daripada dikaitkan dengan "pemimpin gila" seperti Datuk Seri Noh Omar kerana mahu ibu pelajar yang membuat pendedahan kantin di bilik persalinan ditahan di bawah Akta Hasutan, kata Lim Guan Eng.

Setiausaha Agung DAP itu mengulas kenyataan  Pengerusi Umno Selangor itu yang mahu pendedah maklumat kes SK Sri Pristina dikenakan akta kolonial itu.

"Jelas tidak wujud keyakinan dalam kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang memanggil Noh Omar ‘gila’ kerana mahu Gunewari disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mendedahkan gambar kantin sementara di bilik mandi tersebut, apabila MCA masih lagi bekerjasama dengan Umno di Selangor," kata Lim dalam satu kenyataannya hari ini.

Pemimpin DAP itu menegaskan, selagi MCA, Gerakan dan MIC tetap bekerjasama dengan Umno dalam BN Selangor dengan diketuai Noh Omar sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, sebarang kritikan terhadap pemimpin Umno itu dengan  mengatakannya "gila" hanyalah satu lagi pementasan drama atau wayang kulit yang akan dilupakan dalam masa seminggu.

"Ini hanya memperlihatkan hakikat bahawa parti komponen BN tidak berkongsi sebarang nilai kerana mereka adalah parti politik perkauman yang mewakili satu kaum sahaja.

"Namun parti politik perkauman mono-etnik yang mengasingkan kaum lain masih boleh bekerja bersama-sama dalam BN kerana mereka mempunyai objektif yang sama dalam membiarkan rasuah, salahguna kuasa dan kapitalisme kroni," tegasnya lagi.

Lim menegaskan, MCA, Gerakan dan MIC patut keluar daripada BN Selangor bagi membuktikan keikhlasan mereka untuk tidak dikaitkan dengan Noh Omar.

Isu melibatkan pengetua sekolah semakin menjadi perhatian apabila isu pelajar menjadikan bilik persalinan sebagai kantin sementara di SK Seri Pristina didedahkan kepada umum.

Selain itu, isu pengetua sekolah yang memarahi pelajarnya kerana tidak menghormati lagu Negaraku dengan menyuruh mereka "Balik India, China, Indonesia" juga menerima perhatian banyak pihak.

Justeru, Ahli Parlimen Bagan itu meletakkan kegagalan Kementerian Pendidikan untuk bertindak terhadap pengetua-pengetua yang bersifat perkauman sejak dahulu sebaliknya hanya membenarkan tabiat yang tidak sihat untuk terus berleluasa.

"Di mana semangat 1Malaysia di sekolah-sekolah, dan kenapa pula ibu bapa bukan Melayu mahu dipersalahkan apabila mereka tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah menengah kerajaan?

"Malahan apabila masih wujud golongan pendidik yang bersifat perkauman," katanya.

Tiada ulasan: