KEADILAN DAILY
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tiada keperluan untuk Ahli
Parlimen mengisytiharkan harta kerana mereka tidak mempunyai kuasa
eksekutif.Menurutnya, Ahli Parlimen boleh menjalankan aktiviti
perniagaan selagi ia tidak melibatkan sebarang konflik kepentingan.
“Hanya
anggota pentadbiran diminta untuk mengisytiharkan aset mereka supaya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh membuat
pemeriksaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Hari
Peneroka Kebangsaan di Felda Sungai Tiang dekat sini Jumaat.
Pada Rabu, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), Datuk Johan Jaaffar mencadangkan semua ahli Parlimen dan ahli dewan undangan negeri (ADUN) perlu mengisytiharkan harta setiap tahun kepada SPRM bagi membuktikan komitmen terhadap perang melawan rasuah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan