Isnin, 26 Ogos 2013

Mengandung tak boleh masuk PLKN

 


 
Pelatih perempuan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kini harus mengambil ujian kehamilan kerana pihak yang terlibat sebelum ini tidak tahu sama ada mereka hamil atau menyimpan rahsia kehamilannya.

Oleh kerana program itu sangat lasak, Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat Rohani Abdul Karim (gambar bawah, bertudung) berkata, ia mungkin membahayakan kesihatan pihak terbabit.

NONE"Jika kita dapati mereka mengandung, mereka tidak akan diterima (ke PLKN)," kata Rohani sambil menggesa kumpulan hak wanita melihat lebih meluas persoalan itu, antaranya untuk menyelamatkan nyawa.

Beliau menggesa supaya ia tidak dilihat daripada sudut negatif semata-mata.

Katanya, kerajaan hanya memutuskan mewajibkan ujian kehamilan selepas tinjauan mendapati 94 peratus pihak berkepentingan bersetuju dengannya.

"Kita menghormati dan tahu aktivis hak asasi mungkin bantah... jadi kita buat tinjauan... kita juga terkejut dengan jawapannya," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Tiada ulasan: