Isnin, 5 Ogos 2013

Masa depan negara gelap dibawah kepimpinan yang mediocre




Oleh sakmongkol AK47

Dr Mahathir kata dia akan terus bercakap mengenai orang Melayu. Kenapa Mahathir perlu bercakap begini? Kerana dia tidak yakin Naib faham apa ertinya menjadi pemimpin Melayu terlebih dahulu sebelum jadi pemimpin Malaysia.

kita pun mendapat perkhabaran dimana dalam perjumpaan tertutup, Mahathir membalun Najib. Kerosakan UMNO bermula dari zaman Pak Lah kata Mahathir. Najib menyambung kerosakan tersebut. Kesilapan terbesar Najib ialah dia hilang keyakinan kepada jenama UMNO.

Najib mengikut Mahathir sudah malu menjaja jenama UMNO. sebab itu dia menjaja Najib sebagai jenama dan 1Malaysia sebagai jenama tambahan. Najib ingat negara kita sudah menjadi demokrasi ala Amerika dimana kita pilih presiden. Kesana kesini para juak Najib membesar besarkan factor Najib untuk mendapat kemenangan.

Keadaan bertambah buruk kerana Najib mempunyai barisan penasihat yang tidak ada pengalaman politik dan tidak sensitive terhadap kesan daripada nasihat yang diberi kepada seorang PM yang kurang cerdiknya.

Mengikut Mahathir- BR1M adalah suatu kesilapan kerana ianya membiasakan orang akan berfikiran bahawa mendapat wang setiap kali adalah suatu hak. Masaalah akan timbul bila kerajaan tidak mempunyai wang untuk mendanai rasuah dan politik wang. BR1M boleh kita ibaratkan sebagai seorang yang menunggang harimau yang sudah takut untuk turun kerana akan dibaham harimau tersebut.

Najib bukanlah pemimpin yang kuat. Dalam kawasan parlimen nya, kita amat hairan bagaimana jumlah pengundi mencecah 80,260 orang. Orang yang tidak datang dari Pekan tentulah tidak memahami perkara ini. Sesak dan semak Pekan jika ada orang seramai ini.

Dari tahun 2004 hingga 2008, jumlah pengundi bertambah pada kadar 5534 orang sahaja. ( dari 52, 683 dalam tahun 2004 kepada 58,217 dalam tahun 2008). Ini pertambahan yang munasabah memandangkan ada kem tentera wataniah dan kolej2. Tapi sejak tahun 2008 hingga 2023, yakni 5 tahun, jumlah pengundi bertambah secara mendadak dengan tambahan 22,043. Ini pertambahan yang menakjubkan. Dari mana datang nya 22,043 ini?

Kita tahu pegawa2i Najib menjalankan operasi membawa masuk orang asing dan memberi kad pengenalan kepada mereka. Sekurang kurang 18,000 warga asing dari kemboja dan Myanmar dijadikan rakyat negara ini dan beralamat di Pekan. Kalau kita tolak 18,000 dari majority Najib dalam tahun 2013, maka majority nya hanyalah 17,000. Dan mengikut maklumat dari orang Pekan sendiri, pertambahan pengundi asing amat mendadak antara 2008-2013.

Pada PRU11, Najib mendapat majority 22,922. PRU12 majoriti nya 26,464. Majoriti sebenarnya dalam PRU13 jika kita tolak 18,000 warga asing (Myanmar, Kemboja dll) , majoriti Najib hanya 17,000. Ini bermakna, Najib tidaklah bertambah kuat dalam kawasan nya sendiri. Kekuatan nya bertumpang kepada warga asing yang dapat KP segera. Dan Dr Mahathir tahu maklumat ini sebab ramai perisik masih setia dan mengkagumi Dr Mahathir.

BR1M pada hakikat nya kemuncak amalan politik wang. Ini masaalah terbesar yang sedang dilakukan oleh kerajaan hari ini. Yakni, kerajaan telah memertabatkan politik wang kepada tahap yang lebih tinggi dan mereka yang berkepentingan membisu malah menyokong rasuah dan politik wang. Atas otoriti apa misalnya, timbalan pengerusi SPR menyatakan janji projek dan pemberian wang bukan politik wang? Dia bukan tokoh politik tapi anggota suatu suruhanjaya yang berjawab kepada Tuanku Agong.

Politik wang tidak lain dan tidak bukan ialah pembelian undi untuk kekal berkuasa dan setelah dapat kuasa kerajaan akan mencari jalan mengutip balik wang yang telah dibelanja dengan kadar untung pula. Proses ini diulangi setiap kali pilihanraya dan masyarakat terjerumus semakin dalam dalam sedutan politik wang.

Kenapa ini terjadi? Ini terjadi kerana politik wang sudah menjadi budaya UMNO. pemimpin naik keatas kerana membeli undi dan bukan menawarkan keupayaan dan kemampaun. Kita akan tiba pada suatu keadaan dimana barisan pimpinan adalah mereka yang telah membayar untuk naik hairaki kepimpinan. Kita mendapat mediocre leadership dan mediocre leadership tidak akan dapat membangunkan negara. Satu mediocre leadership akan menghimpunkan kumpulan orang yang sepemikiran dengan nya dan secara kolektif, ini akan menjahanamkan negara kita.

Dr Mahathir tidak percaya Najib melakukan yang terbaik untuk orang Melayu. Atau mampu melakukan nya. Bahkan dia anggap Najib seorang pemimpin ynag lembik dan berkompromi dengan bangsa lain.
Mahathir memberi contoh kesediaan Najib meletakkan SPR dibawah pemantauan parlimen sebagai bukti Najib tunduk kepada tekanan. Bukan rahsia lagi Mahathir sekarang sedang menyerang Najib secara senyap2. Sementara dia berlari bersama arnab, dia memburu bersama anjing2.

Tiada ulasan: