Isnin, 5 Ogos 2013

Kaunter JPN Seluruh Negara Tutup Sempena Aidilfitri

MSTAR ONLINE
 
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak beroperasi di seluruh negara mulai 8 hingga 11 Ogos ini sempena Aidilfitri.

Menurut kenyataan JPN, penutupan operasi kaunter itu membabitkan semua ibu pejabat dan cawangan JPN serta cawangan UTC dan ia akan dibuka semula pada 12 Ogos ini.

JPN Kelantan dan Terengganu pula ditutup dari 8 hingga 10 Ogos dan akan dibuka semula pada 11 Ogos.
Orang ramai boleh menghubungi pejabat Khidmat Pelanggan JPN di talian 03-88808203/7077/7071/7067.

Sementara itu, menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) Planetarium Negara akan ditutup dari 7 hingga 12 Ogos dan dibuka semula pada 13 Ogos. - BERNAMA

Tiada ulasan: