Kelantan menuntut supaya jawatan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara
(MKN) Negeri Kelantan diserahkan kembali kepada Menteri Besar Kelantan
ekoran kejadian jenayah yang semakin banyak di negeri ini.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, satu
mekanisme baru di dalam menangani isu penyeludupan senjata api dan juga
kemasukan secara haram penjenayah perlu dirangka dengan serius bagi
memastikan kejadian seperti ini tidak berulang.
Sehubungan dengan itu, Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan (DPPNK)
menegaskan bahawa sudah sampai masanya untuk jawatan Pengerusi Majlis
Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan diserahkan kembali kepada
Menteri Besar Kelantan sebagaimana amalan negeri-negeri yang lain.
Selaku Pengerusi MKN peringkat negeri, Menteri Besar Kelantan akan
berhak memanggil sebarang mesyuarat yang melibatkan pasukan keselamatan
bagi mendapatkan maklumat terkini tentang isu-isu keselamatan dan turut
bersama merancang strategi bagi menangani situasi jenayah yang semakin
serius.
DPPNK yakin isu-isu keselamatan seperti ini perlu ditangani dengan
profesional tanpa melibatkan sentimen politik dan ia memerlukan
kerjasama semua pihak terutamanya pasukan keselamatan dan kerajaan
negeri.
Dengan terlantiknya Menteri Besar Kelantan sebagai Pengerusi MKN
Peringkat Negeri Kelantan sekaligus akan membuka lembaran baru dalam
aspek kerjasama antara kerajaan negeri dan agensi kerajaan pusat di
dalam menangani kes-kes jenayah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan