Jumaat, 16 Ogos 2013

DAP: DUN Perak tolak soalan berkaitan urusniaga tanah


MALAYSIA KINI


 
Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mengkritik kerajaan negeri itu yang diterajui BN kerana secara konsisten menolak soalan bertulis dan lisan yang dikemukakannya di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ngeh berkata beliau mengemukakan enam soalan untuk jawapan bertulis, dan tiga untuk jawapan lisan, tetapi semuanya ditolak - kebanyakannya atas alasan jawapan boleh didapati dalam "buku rujukan biasa".

"Saya telah menawarkan secara terbuka untuk membayar RM10,000 untuk buku rujukan berkenaan yang mempunyai jawapan kepada soalan-soalan tersebut, tetapi tiada siapa pun yang tampil dengan buku itu," kata Ngeh, yang juga ADUN Sitiawan, dalam satu kenyataan hari ini.

Semua soalan tersebut berkaitan dengan urusniaga tanah negeri di Perak.

"Saya percaya rakyat sangat berminat dengan jawapan kepada
soalan-soalan ini kerana ia melibatkan puluhan ribu ekar tanah kerajaan, yang bernilai berbilion ringgit," kata Ngeh.

NONEMenurutnya, soalan-soalan ditolak dalam Dewan Undangan Negeri itu bermula seawal tahun 2011.

Beliau juga mendakwa bahawa apabila pembangkang meminta semua soalan yang tidak dijawab secara lisan, dijawab secara bertulis Zambry dua hari lalu mendakwa kerajaan Pulau Pinang dan Selangor, kedua-duanya diterajui pembangkang, juga tidak memberi jawapan bertulis.

"Saya telah bertanya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Speaker Selangor,Hannah Yeoh, dan mereka berdua telah mengesahkan bahawa semua soalan yang tidak dijawab secara lisan, akan dijawab secara bertulis.

"Zambry berhutang pemohonan maaf kepada rakyat kerana mengelirukan mereka dan memfitnah kerajaan Pulau Pinang dan Selangor," tambah Ngeh

Tiada ulasan: