Kunjungan
masyarakat luar Kelantan untuk bertemu dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat, melebihi aura sewaktu mula-mula menjawat jawatan sebagai
Menteri Besar Kelantan sekitar tahun 90-an.
Dengan situasi itu, hampir setiap hari rombongan pelancong luar akan ke Masjid Pulau Melaka tidak kurang tiga hingga lima buah bas sehari, khususnya pada hujung minggu, tidak termasuk kenderaan individu yang datang berkonvoi untuk tujuan yang sama.
Perkara itu diakui sendiri isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, ketika ditemui petang semalam di JKR 10 untuk menyelami perasaannya selepas Tuan Guru bersara sebagai Menteri Besar.
Menurutnya, walaupun Tuan Guru hanya Adun biasa, namun masjid dan kediamannya sering dikunjungi orang ramai termasuk masyarakat luar untuk bertemu dengan Tuan Guru.
“Kalau era 90-an ketika mula menjadi Menteri Besar, mereka datang bertemu Tuan Guru hanya pada majlis-majlis tertentu, kalau ada rezeki sempat bertemu.
“Tetapi sekarang mereka bertemu di rumah atau di masjid tanpa protokol,” ujarnya.
Katanya lagi, memandangkan kehadiran orang luar begitu ramai, hanya masjid sahaja menjadi ruang untuk bertemu.
Tegasnya, rumahnya yang agak sempit tidak mampu menampung kehadiran orang ramai pada satu-satu masa, apa lagi dengan rombongan bas sehingga lima buah sehari.
Katanya, jika diminta Tuan Guru khususnya ada rombongan berkenaan terdiri daripada muslimat, beliau juga akan turun di halaman rumahnya bersama-sama Tuan Guru.
Sabariah ketika ditemui mengakui walaupun beliau tidak lagi menjadi isteri kepada seorang Menteri Besar, namun tugasnya masih seperti dahulu.
“Sentiasa sibuk, sering menghadiri majlis, kadang-kadang ganti Tuan Guru kalau dia tidak sempat hadir atau keletihan,” ujarnya.
Beliau juga turut memberitahu, selagi hidup perjuangannya tetap untuk Islam, membantu kerajaan negeri dan parti.
Tuan Guru dan Sabariah kini mempunyai 59 orang cucu dan dua orang cicit. -HD

Tiada ulasan:
Catat Ulasan