Ketua pembangkang negeri Jahara Hamid berkata, lantikan itu bersifat "politik" kerana anggota dewan undangan negeri (ADUN) sudah berkhidmat di kawasan itu sejak bertahun-tahun.
"Mereka kata untuk (memberi) perkhidmatan kepada rakyat dan kami tertanya-tanya jika mereka ada alasan lain dengan melantik penyelaras," katanya.
Jahara (kanan) berkata, wakil rakyat BN sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk membantu rakyat, sekali gus menolak dakwaan Ketua Menteri Lim Guan Eng bahawa mereka enggan membantu pentadbiran sedia ada.
Malah, katanya, ADUN mereka juga sedang melakukan pendaftaran untuk anugerah tahunan berbentuk wang tunai untuk warga emas dan ibu tunggal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan