Sambil menyambut baik hasrat mana-mana pihak termasuk bekas Ketua Puteri, Datuk Seri Azalina Othman Said yang menawarkan diri bertanding, Shahrizat berkata beliau menggalakkan lebih ramai pesaing bagi menzahirkan amalan demokrasi dalam Umno.
"Kalau Azalina nak masuk (bertanding), masuk secara umum iaitu kerana nak membela wanita.
"Saya tak mahu tengok ada kumpulan bekas Ketua Puteri yang masuk ke Wanita Bahagian, bertembung dengan Ketua Wanita Bahagian hingga ada perpecahan dalam Umno.
"Saya nak minta kepada Azalina atau sesiapa sahaja, kalau nak kempen...kempen untuk semua, jangan ada perpecahan antara kumpulan Puteri dan bekas Puteri dengan Wanita Umno," katanya ketika ditemui selepas menyertai program Sentuhan Medik anjuran Yayasan Kebajikan Negara (YKN), di sini, Jumaat.
Sebelum ini Azalina mengesahkan sedia menawarkan diri bertanding merebut jawatan nombor satu sayap Umno itu menentang Shahrizat.
Shahrizat juga mengesahkan akan mempertahankan kedudukannya itu.
Mengulas mengenai hasrat Azalina menawarkan diri bertanding adalah bagi melakukan transformasi dalam Wanita Umno, Shahrizat bagaimanapun menyuarakan kembimbangan mengenai matlamat itu.
"Saya gembira Azalina nak bertanding atau mungkin lebih ramai lagi yang akan hantar calon proksi, kita tahu akan ada proksi...sila datang masuk gelanggang.
"Namun saya tak nak dengar hasrat nak bertanding tapi bawa mesej perpecahan. Kononnya Azalina nak bawa transformasi orang muda nak masuk dalam Wanita Umno. Saya nak minta jangan buat begitu. Masuklah secara umum dengan niat nak bela wanita," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan