SHAH ALAM, : Kerajaan Selangor akan menyalurkan peruntukkan membaiki kerosakan pada Sekolah Rendah Agama Kampung Assam Jawa yang bumbung dan silingnya runtuh akibat ribut baru-baru ini.
Hal Ehwal Islam Kerajaan Negeri Selangor, Sallehen Mukhyi kerja membaik pulih bumbung dan siling yang runtuh itu akan dijalankan dengan segera kerana melibatkan keselamatan dan keselesaan pelajar dan guru.
Bagaimanapun menurut beliau lagi, Kerajaan Negeri turut mempertimbangkan pembinaan bangunan baru bagi kemudahan murid dan kakitangan sekolah tersebut.
“Pada masa ini, Kerajaan Negeri fokus untuk kerja membaikpulih kerosakan akibat ribut baru-baru ini.
Tetapi macamanapun kita turut meneliti penilaian JKR samada perlu buat bangunan baru atau tidak.
“Kerja membaiki kerosakan ini akan dimulakan dalam masa terdekat,” kata Sallehen ketika dihubungi TV Selangor baru-baru ini.
Sallehen bagaimanapun tidak dapat memberikan anggaran kos kerja pembaikan tersebut.
Terdahulu, pada 15 Julai, ribut kencang yang melanda Kampung Assam Jawa turut merosakan bumbung dan siling sekolah tersebut.
Dalam kejadian itu, seorang guru yang sedang mengajar dalam sebuah bilik darjah tercedera apabila ditimpa serpihan dari bumbung dan siling yang runtuh.
Guru tersebut terpaksa diberikan rawatan lima jahitan di kepalanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan