Rabu, 17 Julai 2013

Selangor Kecam Tindakan Hina Agama Islam


MB mugshot exco 17 jul 01

SHAH ALAM  : Kerajaan Negeri mengecam mana-mana pihak yang menghina Islam mahupun agama lain.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata salah satu daripada sifat terbaik dalam Islam adalah menghormati agama lain.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan pasangan kontroversi, Tan Jye Yee dan Vivian Lee yang mempersendakan agama Islam dan Bulan Ramadhan dalam Facebook mereka baru-baru ini.

“Kerajaan Negeri berpendapat tingkah laku yang merendahkan agama Islam itu tidak sepatutnya dilakukan oleh pasangan itu dan pihak lain,” katanya di dalam sidang media selepas mesyuarat exco baru-baru ini.

Pasangan terbabit memuat naik gambar mereka ketika menikmati hidangan bak kut teh (sup tulang babi).
Gambar tersebut mempunyai keterangan ‘Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh wangi, enak dan menyelerakan’ di laman Facebook mereka.

Pasangan tersebut kini disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan polis.

Tiada ulasan: