KEADILAN DAILY
“Langsung tak mencerminkan pendirian wasatiyah dan kesederhanaan yang dilaungkan Perdana Menteri,” kata Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
“Dalam keadaan rakyat menghadapi kenaikan harga barang, hutang isi rumah meningkat, kerajaan langsung tidak sensitif ,” katanya kepada Keadilan Daily
.
Dewan Rakyat hari ini diberitahu dalam jawapan bertulis kepada Nga Kor Ming (DAP-Taiping) nilai lawatan antara Mac 2008 hingga Mei 2013 Najib Razak dan rombongannya bernilai RM44.1 juta.
Difahamkan, perbelanjaan mungkin termasuk ketika Najib memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Shamsul turut mempersoakan sama ada kos tersebut merangkumi pembiayaan perbelanjaan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
“Kita bimbang, kerana setiap tahun kerajaan minta belanjawan tambahan. Sebab terdapat banyak laporan sebelum ini menyatakan isteri Perdana Menteri suka berbelanja.
“Kita desak perincian perbelanjaan dibentangkan Jabatan Perdana Menteri,” tegas Shamsul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan