Isnin, 15 Julai 2013

Polis tak gentar dengan IPCMC, kata Mat Zain

MALAYSIA KINI


 
Bekas ketua jabatan siasatan jenayah Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim berkata sebahagian besar dariapda pasukan polis tidak gentar dengan penubuhan  Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
Katanya, sebahagian besar anggota berkenaan juga tidak mengetahui mengenai kewujudan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) atau fungsi suruhanjaya tersebut.

"Saya boleh katakan bahawa anggota polis lebih takut dengan cawangan disiplin polis lebih daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Jadi, sama ada IPCMC ditubuhkan atau tidak, tiada bezanya bagi sebahagian besarnya,” katanya.

Beliau mendakwa, individu yang sebenarnya bimbang dengan penubuhan IPCMC adalah bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail atas peranan mereka dalam kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim – yang disiasat oleh Mat Zain.

"Kedua-duanya, Musa dan Abdul Gani, sedar bahawa sekiranya badan seperti IPCMC wujud – yang tidak boleh dikawal atau dipengaruhi mereka – dan jika badan itu menyiasat dakwaan ke atas mereka, kedua-duanya tahu bahawa mereka akan musnah. Beberapa orang lagi juga akan menerima nasib sama.

“Saya percaya inilah sebab utama bantahan Musa ke atas penubuhan IPCMC ketika perkhidmatannya. Alasan bahawa IPCMC tiak menyediakan peluang rayuan kepada polis bukan sahaja alasan yang bodoh, tapi juga egoistik, dan mementingkan diri tanpa mengira kepentingan orang lain,” katanya.

Mat Zain berkata, Musa tentunya telah berfikir panjang sebelum melakukan apa yang didakwa berlaku pada 1998.

Musa dalam satu wawancara dengan Malaysiakini pada Mei lalu mengakui mengambil sampel darah Anwar tanpa kebenaran selepas bekas timbalan perdana menteri itu diserang oleh bekas IGP Tan Sri Rahim Noor, ketika Anwar ditahan di Bukit Aman.

Beliau bagaimanapun mempertahankan tindakannnya, manakala Abdul Gani, yang didakwa terlibat dalam pemalsuan bahan bukti dalam kes kontroversi berkenaan.

Tiada ulasan: