Ahad, 21 Julai 2013

Pilihan Raya Kecil :BN terus ‘rasuah’ pengundi

DETIK DAILY

Umno-BN tetap berkempen secara tidak bertanggungjawab dan menyalahi undangundang untuk hadapi PRK Dun Kuala Besut pada 24 Julai nanti. Keadaan itu sedang diteliti dan dipantau oleh PAS untuk tindakan lanjut.

Sokongan penduduk terhadap PAS makin meningkat. Ikuti pandangan Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad ketika ditemubual Wartawan Kanan AZIZ MUDA pada 18 Julai lalu.

WARTAWAN Ada dakwaan mengatakan Umno-BN memberi wang kepada para pengundi PRK Dun Kuala Besut. Boleh Ustaz jelaskan? 

USTAZ WAN AZHAR WAN AHMAD: Maklumat yang kita terima, BN memang ada memberikan wang kepada para pegundi di Kuala Besut. Selain itu, berbagai insentif lain turut diberikan oleh pihak BN kepada masyarakat sempena PRK Dun Kuala Besut.

Maklumat yang kita terima, insentif-insentif itu diberikan kepada pelbagai golongan termasuk kepada orang muda, ibu tunggal dan mereka yang berada dalam senarai penerimapenerima bantuan.

Bantuan itu sedang bergerak masuk sekarang. Pihak PAS sedang membuat pemantauan rapi berhubung perkara ini.

Kita juga yakin sedikit masa lagi, insya-Allah, akan ada yang menerima bantuan itu akan tampil membuat pengakuan.

Apa yang akan dilakukan PAS berhubung perkara ini? 

Pertama, sebagai satu ingatan kepada pihak Umno-BN, jentera kita daripada PAS ramai daripada kalangan peguampeguam.

Jadi peguam-peguam kita itu akan mengambil kira semuanya untuk tindakan susulan.

Jika ada bukti, PAS akan forward segala bukti salah laku pilihan raya yang telah mereka lakukan itu.


Sebenarnya, apa juga pemberian ketika pilihan raya sama ada dalam bentuk wang, barangan, janji-janji termasuk hendak memberi rumah, pangsapuri 72 pintu kepada rakyat di kawasan Kuala Besut ini, mengikut kategori yang diklasifikasikan, dengan sendirinya itu adalah rasuah kepada rakyat.

Semua pemberian ketika ini (ketika pilihan raya) adalah bius kepada rakyat untuk lupa seketika segala kesusahan mereka selama ini. Semua ini panadol-panadol atau ubat hanya untuk sementara yang dibekalkan khususnya kepada pengundi di Kuala Besut.

Ingatan Ustaz kepada pengundi...

Seluruh penduduk Kuala Besut perlu ingat perkara ini.

Tujuan BN memberikan ini semua kepada penduduk kerana mereka ingin pertahankan kerusi dacing di kawasan ini.

Jadi, rakyat Kuala Besut patut menjadi wira untuk proses pembentukan kerajaan baru.

Walaupun banyak istilah yang kita dengar tentang kedudukan 16-16, tetapi selepas PRU13, dengan kedudukan 17 BN, 15 Pakatan Rakyat, kedudukan itu ternyata tidak kukuh.

Inilah peluang untuk rakyat Terengganu khususnya dari Kuala Besut untuk mengubah landskap politik Terengganu. Rakyat Terengganu berharap agar selepas PRK Dun Kuala Besut nanti akan lahir kerajaan baru yang bertanggungjawab bagi memenuhi harapan rakyat.

Di mana-mana pun, nampaknya Umno-BN masih juga menjadikan agensi kerajaan sebagai jentera partinya.

Tindakan Umno-BN itu amat kita kesalkan. Ia adalah tindakan yang amat tidak bertanggungjawab.
Kita mencabar BN turun mendapatkan sokongan masyarakat secara gentleman, dengan mengukur baju di badan sendiri, bukannya dengan menumpang kekuatan pihak lain.

Kerajaan BN juga enggan melaksanakan akses media bebas dan adil, sehingga menyebabkan laporan media terus berat sebelah untuk PRK Dun Kuala Besut ini?
Kita masih terus konsisten dengan lapan tuntutan Bersih.

Kerajaan mesti laksanakan kelapan-lapan tuntutan itu. Antaranya termasuklah akses media yang bebas dan adil kepada seluruh rakyat negara ini.

Kerajaan mestilah membebaskan kongkongannya terhadap media. Disebabkan laporan media yang berat sebelah, kita terpaksa memanfaatkan sepenuhnya media baru. Setakat ini ada perkembangan yang menarik.

Sebahagian penduduk Kuala Besut terutama dari kalangan yang telah berumur sudah dapat menerima maklumat-maklumat yang diperlukan oleh mereka daripada media baru.

Kita telah mendapat bantuan daripada anak-anak muda terutama pelajar-pelajar IPT untuk memanjangkan maklumatmaklumat daripada media baru itu kepada ibu bapa mereka.

Sebahagian daripada bantuan itu datangnya daripada pelajarpelajar IPT yang pulang ke Kuala Besut untuk membantu kempen kita yang kemudiannya disampaikan kepada ibu bapa mereka.

Jadi sebahagian daripada penduduk di kawasan Kuala Besut, khususnya dari kalangan yang telah berumur, kini turut mulai menjadi golongan yang bermaklumat.

Harapan Ustaz selaku YDP untuk PRK Kuala Besut...

Setakat ini kita lihat kedudukannya 50-50. Kita yakin akan berlaku peningkatan sokongan daripada para pengundi atau penduduk Kuala Besut terhadap PAS.

Ini berdasarkan sambutan baik yang diberikan oleh seluruh masyarakat Kuala Besut terhadap PAS dalam pelbagai bentuk.

Pada saya, rakyat khususnya para pengundi di Kuala Besut harus membuktikan mereka adalah rakyat yang bermaruah.

Mereka perlu menolak BN dan menggantikannya dengan PAS.

Untuk itu, kepada para pengundi, khususnya para pengundi PRK Dun Kuala Besut, saya nasihatkan, apa saja bantuan atau insentif yang didatangkan oleh Umno-BN kepada mereka, kalau tak boleh elak, ambillah, tapi apabila mengundi pangkahlah PAS.

Terjemahkan sokongan anda semua kepada PAS dalam kertas undi pada 24 Julai nanti.

Tiada ulasan: