MALAYSIA KINI
Sekumpulan aktivis NGO Melayu mendesak kerajaan mengusir wakil Vatican
City ke Malaysia Archbishop Joseph Marino kerana menyokong pendirian
gereja Katolik tempatan menggunakan kalimah Allah apabila merujuk kepada
Tuhan.
Gabungan NGO Islam-Melayu (GNIM)
berhujah, kenyataan "biadap dan kurang ajar" itu jelas membuktikan
kehadirannya di negara ini bukan dengan niat yang baik menjalin hubungan
diplomatik tetapi tersirat agenda licik.
"Marino sudah melangkaui bidang tugasnya sebagai seorang diplomat yang mewakili Paus dengan mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan serta memihak kepada penganut Kristian di negara ini dengan menekan umat Islam," menurut kenyataan itu.
Dalam kenyataannya hari ini, GNIM berkata, mereka bimbang jika perbuatan itu tidak ditangani dengan segera dan tegas, ia akan menjurus kepada campur tangan yang lebih serius.
Ini menurut mereka lagi termasuk mendokong gerakan Kristianisasi yang disasarkan kepada umat Islam di negara ini.
NGIM akan akan menulis surat bantahan kepada Paus Francis berhubung perkara itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan