Wartawan Buletin
KUALA TERENGGANU - PAS melalui Lujnah Guamannya sedang mengkaji peruntukan undang-undang tubuh negeri Terengganu berkait kedudukan kerusi DUN menjadi berimbang, 16 : 16 sekiranya PAS menang dalam pilihanraya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu, YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut menyifatkan dakwaan Menteri Pelajaran Kedua yang juga Ahli Parlimen Besut Dato' Seri Idris Jusoh berhubung perkara tersebut adalah tafsiran belaiu yang semestinya memihak.
"itu dakwaan dia (Idris Jusoh) mungkin betul mungkin tak betul......... tafsiran undang-undang boleh dibuat.....itu tafsiran (undang-undang) dia (mesti) dia tafsir untuk dia, kita akan tafsir bagi pihak kita,
"kita ada panel (Lujnah) Guaman kita untuk membuat kajian, kita tak boleh membuat tafsiran tanpa kajian yang teliti, kita tidak mahu membuat tafsiran undang-undang berdasarkan keadaan politik,"ujarnya. [Lihat Video]
Beliau berkata kedudukan berimbang dalam kerusi Dewan Udangan Negeri tidak pernah berlaku sebelum ini dan memerlukan penelitian terhadap perkara tersebut.
Katanya, PAS akan mengkaji peruntukan undang-undang itu dan melihat apa peluang dan ruang yang ada bagi penyelesaian isu tersebut apabila ia berlaku.
Pada waktu ini, keutamaan PAS adalah memberi fokus kepada pilihanraya kecil yang akan diadakan kerana pilihanraya ada tempohnya, dalam masa 60 hari selepas kekosongan kerusi.
"yang ini (isu 16:16) kita masih ada tempoh masa yang panjang, pilihanraya (kecil) ini ia tak tak boleh nak tunggu, ia ada tempoh dalam masa 60 hari (mesti diadakan)........ masa berjalan,
"jadi SPR akan teruskan (pilihanraya) kita masuk dulu (bertanding) dalam pilihanraya, kita akan ambil tindakan susulan selepas itu,"jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan