DETIK DAILY |
Sehinggakan sanggup ROS timbulkan perkara yang tak masuk akal kononnya tak mahu menimbang permohonan pimpinan DAP untuk menubuhkan parti baru jika DAP diharamkan.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menjelaskan
bahawa semua pihak dalam DAP, termasuk pemimpin dan ahli parti, tidak
pernah membangkit atau melayan soal mendaftar sebuah parti baru jika
parti pelbagai kaum itu dibatalkan pendaftarannya oleh ROS.
Beliau juga hairan kenapa ROS tiba-tiba membangkitkan isu mahu mengharamkan DAP.
Katanya,
dakwaan kononnya pemimpin DAP dan ahlinya bersedia menubuhkan sebuah
parti politik baru adalah tidak berasas sama sekali, sebaliknya ia
adalah rekaan propagandis, cybertrooper dan ejen UMNO/BN bertujuan
mencemarkan imej pemimpin DAP.
Sehubungan itu, beliau
berkata, komen Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman yang
disiarkan akhbar The Star hari ini adalah tidak berasas kononnya DAP
mahu memohon penubuhan satu parti baru.
Akhbar The Star
milik MCA-BN hari ini memaparkan tajuk berita “Dont harbour false
hope” (Jangan bergantung kepada harapan palsu) yang memetik kata-kata
Abdul Rahman sebagai petanda paling jelas bahawa kerajaan UMNO-BN
sedang mencari alasan untuk mengharamkan DAP.
DAP yang
mendapat kejayaan baik dalam PRU lalu semakin mendapat sambutan di
kalangan masyarakat Melayu walaupun sering menjadi mangsa tohmahan
media massa yang hampir semuanya dikuasai oleh UMNO-BN.
Laporan
The Star itu diisi dengan premis yang palsu dan tidak berasas,
menunjukkan Ketua Pengarah ROS itu bertindak dengan cara yang sama
sekali tidak wajar, tidak saksama, dan tidak profesional dalam
menjalankan tanggungjawab awam.
“Tidak ada sebab bagi
Ketua Pengarah ROS untuk mengulas mengenai senario yang direka
sepenuhnya dan tidak lain adalah khayalan propagandis, cybertrooper dan
ejen UMNO/BN seolah-olah ia satu fakta,” kata Kit Siang dalam
kenyataan media, hari ini.
Berikut adalah berita bertajuk “Don’t harbour false hopes” berkenaan:
‘Don’t harbour false hopes’
PETALING
JAYA: DAP members have been told not to harbour hopes of forming a new
party if the Registrar of Societies (ROS) decides to de-register it.
ROS director-general Datuk Abdul Rahman Othman said they would not likely entertain requests to set up a new party.
“They
can apply. But the right to approve is with the ROS. We did not even
entertain 29 applications to set up new parties submitted over the last
five years,” he said yesterday.
He was asked
to comment on the move by DAP members to look into establishing a new
political party if de-registration was inevitable following complaints
of election fraud in the DAP’s central executive committee (CEC)
election in December.
Kit Siang yang juga Ahli
Parlimen Gelang Patah berkata, yang menimbulkan persoalan sama ada
Ketua Pengarah ROS sendiri terbabit dalam segala pembohongan dan
kepalsuan yang dilemparkan oleh propagandis, cybertrooper, dan ejen
UMNO/BN yang menuduh DAP dengan tidak sewajarnya mengenai pemilihan
Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) ketika Kongres Kebangsaan DAP
Disember lalu.
Menurutnya, Abdul Rahman perlu
menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan “inisiatif untuk menyelamatkan
parti” kerana sepanjang tujuh bulan sehingga kini DAP belum menerima
sebarang tuntutan untuk mengadakan pemilihan semula CEC, hanya
propagandis, cybertrooper dan ejen UMNO/BN yang bising-bising mengenai
perkara ini sejak beberapa bulan lalu.
“Dengan semakin
hampirnya pemilihan UMNO akhir tahun ini, semakin jelas ROS tidak akan
membuat keputusan profesional mengenai DAP, sebaliknya keputusan
politik.
“Ketua Pengarah ROS dan kerajaan UMNO/BN harus
sedar bahawa DAP sedetik pun tidak akan berhenti menentang sebarang
penyalahgunaan kuasa yang akan menjejaskan masa depan DAP, termasuk
penyalahgunaan kuasa dalam membatalkan pendaftaran DAP secara tidak
berasas,” ujarnya.-Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan