Ahad, 14 Julai 2013

Kemiskinan jadi aset politik BN – Mustafa Ali

KEADILAN DAILY

mustafa_ali
Mustafa Ali (tengah bersama Dr Dzulkefly Ahmad (kiri) menunjukkan keadaan rumah penduduk Kuala Besut yang daif

KUALA BESUT: Kemiskinan penduduk di Kuala Besut seolah-olah dijadikan aset politik untuk mengikat kebergantungan mereka kepada Umno-BN, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

“Kemiskinan jadi aset politik. Kebergantungan kepada bantuan sangat tinggi,” kata Mustafa kepada pemberita pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Pas di Kampung Baharu, Kuala Besut hari ini.

Menurutnya, pilihan raya kecil di Kuala Besut mengulangi sejarah tahun 1979 apabila dua calon dari parti sama bertanding pada PRK yang juga diadakan dalam bulan Ramadan.

“Tapi sejak 1979 hingga hari ini, tak banyak beza,” kata Mustafa memberitahu banyak isu tempatan yang seolah sengaja tak diselesaikan supaya rakyat terus bergantung kepada Barisan Nasional,

Katanya, berbanding kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN lain dalam Parlimen Besut, DUN Kuala Besut paling dipinggirkan.

Rumah_Besut

“Pembangunan hanya ditumpukan ke Kota Putera dan Jerteh. Bangunan kerajaan, baik negeri mahu pun Persekutuan banyak di Jeteh,” katanya.

Tambahnya, DUN Kuala Besut terus terpinggir apabila langsung tidak memiliki sebarang institusi pengajian tinggi, pusat industri dan kemudahan awam.

“Di Kota Putera ada Institut Perguruan, ada Kompleks Taman Ilmu, ada Kompleks Rakan Muda. Di Kuala Besut tidak ada,” katanya.

“Ini bukti kegagalan Umno-BN membangunkan Kuala Besut sehingga ramai yang hidup susah dan terpinggir,” katanya.

Justeru, kata Mustafa, statristik kemiskinan dalam DUN Kuala Besut akan dimaklumkan dalam masa terdekat

Tiada ulasan: